Selamat Hari Raya Aidilfitri 2014
Hari ini hari ke8 kita menyambut hari raya adilfitri bagi tahun 2014. Alhamdulillah habis dah cuti semingg untuk beraya dan hari ini bermula semula bekerja pada hari Isnin...heheh...semangat--semangat..(nak cari feel la utk keje kan..:P)
Alhamdulillah raya tahun ni macam biasa raya di Pengkalan Balak dulu..sabtu malam balik coz cik abangnya keje siang tu..ahad tu sesi gotong royong kemas rumah dan sesi masak memasak untuk raya..antara menu biasa yang akan disediakan ialah sup tulang, rendang ayam, rendang daging, ayam masak merah, udang masak lemak, nasi himpit, ketupat dan juga nasi hujan panas..banyak kannn..heheh..tu kira sehari punya makan je tu..almaklumkan ramai sedara mara..heheh
Seperti kebiasaan pagi raya bersalam-salaman dan bermaafan bersama ibu ayah adik beradik..xlupa juga buat suami tercinta..:) selepas itu aktiviti jelajah rumah sedara pun bermula..
Umah mertua beraya tak? Of course..:P memandangkan kampung kami dekat..setiap hari ulang alik rembau-pengkalan balak..heheh..alhamdulillah..tp lepas ni xtau la sebab mak mertua pindah serdang dah..so kalau balik pun maybe balik legong, kampung cik abang..wait n c jela tahun depan camne ye..heheh..
Dengan dikesempatan ini nak wish semua Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.. Raya-raya juga jangan lupa kta doakan saudara seislam kita di Gaza sana.. :)



No comments:
Post a Comment